Fetal Anatomy Screening 18-24 week : Landmark need to be recorded!

Face Detail Scan

Lips                                           Facial Sillhouette
Eye Orbits                                       Hard Palate
Tongue                                             Chin

Head and Brain Detail Scan

lateral ventricle                                 thalamus

cerebellum                           corpus colossum

Fetal Heart: Detail Scan

Crux                                               LVOT

4 heart chamber                       Boomerang Sign

                       RVOT                          Left Lateral View of the heart

Abdomen Detail Scan

umbilical cord insertion                   kidneys left and right
stomach bubble

Skeleton Detail Scan

Skull                                                  Ribs
Sacrum
UpperLimbs                         Lower Limbs

Facial Bones

5d scan kena cantik dulu baru 8K akan cantik!

Ramai mummy tanya…

“Kenapa gambar 8K saya tak jadi macam baby model?”

Jawapan jujur tapi penuh sayang:

Sebab 5D asal kena lawa dulu… barulah 8K boleh meletop! 😂✨

Lihat contoh kat bawah ni 👇

 5d image                    

8k-Hyperrealistic Image

🌟 5D asal blur-blur → 8K pun akan struggle

🌟 5D asal smooth → 8K jadi flawless, glowing, macam baby baru mandi susu!


Sama macam makeup…

Kalau base cantik → hasil akhir lagi on point!

Kalau base comot → 8K pun menangis nak tolong 😭


Tips Nak Dapat 5D Yang Cun Melecun:

✅ Banyak air — amniotic fluid is your baby’s natural “ring light”

✅ Baby jangan tidur menghadap placenta (dia pun pandai pilih bantal 😅)

✅ Mummy rileks, jangan tense — baby pun ikut mood!

✅ Skill sonographer adjust gambar baby ni paling penting tau!


Apa Yang Kami Buat Di Fasya 8K UltraClear?

✨ Kami polish

✨ Kami enhance texture

✨ Kami bagi lighting real skin

Tapi muka baby tetap muka baby mummy, bukan muka template! ❤️


Kesimpulan Fun Hari Ini

“Garbage in garbage out” tu harsh sangat…

Yang betul ialah:

💖 “Cute in, Cuter out!” 💖


Nak 8K yang paling sweet, paling real, paling “Ya Allah sama macam baby!”?

Jom hantar 5D anda! 😍

Lagi best, jom scan 5d-8k di Poliklinik Fasya!!! Confirm menjadi!













 

Detail Scan dengan Doktor yang Kompeten



Detail Scan dengan Doktor yang Kompeten

📍 Poliklinik Fasya @ Cheng, Melaka

Apabila ibu hamil datang untuk detail scan (imbasan terperinci bayi), salah satu perkara paling penting ialah doktor yang menjalankan imbasan tersebut mestilah kompeten dan bertauliah. Ini memastikan setiap bahagian bayi diperiksa dengan teliti — termasuk otak, jantung, tulang belakang, muka, organ dalaman, tangan, dan kaki.

Doktor Bertauliah dari The Fetal Medicine Foundation (FMF), London

Kami berbangga kerana Dr. Nur Farhana Hamzah merupakan salah seorang doktor Malaysia yang mempunyai Certificate of Competence daripada The Fetal Medicine Foundation (FMF), United Kingdom, dalam bidang:


Fetal Abnormalities (Kecacatan Janin)


Sijil ini hanya diberikan kepada doktor yang telah:

Menyelesaikan kursus teori FMF,
Menghantar imej ultrasound yang memenuhi piawaian antarabangsa, dan
Lulus peperiksaan praktikal yang ketat.




🌏 Diiktiraf Antarabangsa

Dr. Nur Farhana Hamzah disenaraikan secara rasmi di laman web FMF bersama beberapa doktor lain dari Malaysia yang telah memperoleh pensijilan antarabangsa dalam bidang ini.

Sijil dan senarai rasmi FMF boleh dilihat di laman web The Fetal Medicine Foundation.


 

Kenapa Detail Scan Penting?

Detail scan (biasanya antara minggu ke-18 hingga 24 kehamilan) penting untuk:


Mengenalpasti kelainan struktur bayi sejak awal,
Memberi ketenangan kepada ibu bapa tentang perkembangan bayi,
Merancang penjagaan lanjut jika ada keperluan khas.

Temujanji Detail Scan


✨ Hanya untuk kehamilan risiko rendah

📅 Tempoh terbaik: Minggu ke-18 hingga 24 kehamilan

📍 Lokasi: Poliklinik Fasya, Cheng, Melaka

📞 Tempahan: WhatsApp kami di 016-5288548

Detail scan bukan sekadar melihat wajah bayi, tetapi langkah penting untuk memastikan perkembangan bayi sihat dan normal.

Pilihlah doktor yang diiktiraf dan kompeten, demi keselamatan dan ketenangan ibu dan bayi ❤️



Scan Jantina Baby: Peratus Ketepatan

Penentuan jantina bayi merupakan aktiviti popular dikalangan ibu bapa yang menantikan kelahiran bayi mereka. Samada jantina yang dinanti untuk melengkapkan keluarga nukleus, atau untuk persediaan lengkap anak anak.

Namun peratus ketepatan semasa scan sangat  bergantung pada usia kandungan bayi.

Waktu paling tepat menentukan jantina adalah pada 13 minggu dan 28 minggu ke atas.

Kami kongsikan peratus ketepatan imbasan jantina bayi mengikut usia:


 

Apakah 4 Petanda Syndrome dalam NT Scan?

 Scan pada 11-13 minggu ini adalah untuk mengesan 4 petanda sindrom.


4 petanda ini yang akan diterjemahkan kepada risiko bayi mempunyai kebejatan kromosom.

Pastikan 4 petanda ini direkodkan dan dilaporkan dalam NT scan anda.


Pemberat petanda adalah Nuchal Translucency dimana jika bacaan melebihi 3mm, risiko sindrome sangat tinggi. Kebarangkalian bertambah tinggi jika terdapat juga: 
1. Nasal bone pendek
2. aliran berbalik pada ductus venosus
3. Injab jantung kanan "bocor"- tricuspid regurgitation

Jika Nuchal translucency normal tapi ada masalah pada salah satu struktur nasal bone, ductus venosus dan injab jantung kanan, ini berkemungkinan bayi mempunyai masalah struktur jantung atau organ lain yang tidak melibatkan kebejatan kromosom (bukan sindrome).

NT scan hanya boleh dijalankan sehingga 11 minggu sehingga 13 minggu 6 hari sahaja kerana menjelang 14 minggu, Nuchal translucency sudah mengecil dan hilang.

Di Poliklinik Fasya, NT scan dijalankan sekali dengan First Trimester Anatomy Screening. 

Dalam First Trimester Anatomy Screening, kita akan memeriksa struktur primitive bayi seperti otak, jantung, buah pinggang, bibir, muka, tangan dan kaki untuk memastikan semuanya normal dan tiada malformasi.

Gabungan 4 Petanda Sindrome dan First Trimester Anatomy Screening, memberi gambaran menyeluruh perkembangan bayi pada trimester pertama. Dengan mengetahui keadaan trimester pertama, kita boleh jangkakan apa tumbesaran bayi yang seterusnya.


Apakah perbezaan antara ultrasound 2D, 3D, 4D, 5D, Hd Live, 6D, 8k dan Hyperrealistic Image



Ultrasound 2D memberi gambaran 2 dimensi secara hitam putih, dimana struktur yang dipaparkan di atas skrin adalah secara keratan rentas. Pengamatan objek dan struktur dilakukan oleh doktor secara metod mengenalpasti patern (“Pattern Recognition). Ultrasound 2d adalah metod terbaik untuk digunakan dalam detail scan dan NT scan pada masa sekarang.

Ultrasound 3D menghasilkan imej 3D, manakala Ultrasound 4D adalah secara “live video”. Imej 3D yang dihasilkan mempunyai beberapa mod tertentu seperti mod “surface” dan “x-ray”. Pada kebiasaanya mod Surface digunakan untuk melihat struktur luaran bayi seperti muka tangan badan dan kaki. Mod Xray untuk melihat struktur tulang, spine dan tengkorak.


Bagi mengelakkan kekeliruan, terma “Scan 5D” bukan sejenis ultrasound. Didalam konteks 5D scan untuk bayi, ia merupakan satu teknologi terkini yang membolehkan warna kulit bayi ditonjolkan seolah-olah warna kulit sebenar. Mode 5d juga menbolehkan kita melihat struktur organ lembut seperti jantung, usus, buah pinggang dan otak jika terdapat masalah.

Gabungan scan 2d,3d dan 5d adalah penting semasa detail scan untuk mendapatkan gambaran penuh fizikal bayi dalaman dan luaran.


Teknologi 6D atau dikenali sebagai dimana Model bayi dengan wajah dan Ukuran sebenar mengikut scan dibina menggunakan Virtual Reality. Kita dapat melihat ukuran sebenar bayi seperti yang berada dalam kandungan seperti ukuran berat panjang dan saiz sebenar bayi. 

8K image adalah teknologi terkini dimana gambar 5d yang diambil, dia terjemah kepada rupa kulit sebenar bayi menggunakan perisian AI. Tiada radiasi tambahan kerana ini dijalankan setelah ultrasound tamat.


Hyperrealistic Image adalah teknologi AI paling terkini. AI menggunakan gambar scan 3d atau 5d untuk membina semula wajah bayi anda yang sebenar. Ini juga dijalankan selepas scan selesai. Imej wajah bayi akan dapat dalam tempoh 30 minit.


Kesemua ini boleh didapati di Poliklinik Fasya.


Pemeriksaan Rutin Sistem Peranakan

🌸 Pemeriksaan Rutin Sistem Peranakan


Menilai Kedudukan, Fungsi & Kesihatan Dalaman Wanita

🎯 Tujuan Pemeriksaan


Pemeriksaan rutin sistem peranakan dilakukan bagi memastikan rahim, ovari, dan tiub fallopio berada pada kedudukan serta fungsi yang normal.

Pemeriksaan ini membantu mengesan sebarang perubahan awal yang mungkin menjejaskan kesuburan, kitaran haid, atau kesihatan wanita secara keseluruhan.


🩺 Apa yang Diperiksa


Semasa pemeriksaan, doktor akan menilai:

  • Kedudukan rahim (uterus) – sama ada normal, senget ke depan (anteverted) atau ke belakang (retroverted)
  • Ovari dan tiub fallopio – bagi mengesan sebarang cyst, keradangan atau pembesaran abnormal
  • Kekuatan otot pelvis – menilai sokongan organ peranakan terhadap risiko prolaps
  • Serviks (pangkal rahim) – melalui imbasan untuk mengesan ketumbuhan atau polip kecil yang mungkin tidak bergejala

🔍 Bagaimana Pemeriksaan Dilakukan

Pemeriksaan dilakukan secara selesa dan cepat di klinik, biasanya tanpa sebarang kesakitan.

Kaedah yang digunakan termasuk:

  • TVS (Transvaginal Scan) – imbasan melalui faraj menggunakan probe kecil untuk melihat struktur dalaman dengan jelas
  • 3D Uterus Scan – memberikan imej tiga dimensi rahim untuk menilai bentuk, kedudukan dan sebarang kecacatan atau ketumbuhan kecil yang tidak dapat dilihat melalui 2D biasa




🌼 Bila Waktu Sesuai Untuk Pemeriksaan


  • Sebagai pemeriksaan tahunan bagi wanita berkahwin atau pernah melahirkan
  • Jika mengalami haid tidak teratur, sakit bawah perut, atau keputihan luar biasa
  • Sebelum merancang kehamilan atau selepas bersalin
  • Untuk pantauan selepas rawatan fibroid, cyst, atau endometriosis


💖 Kesimpulan

Pemeriksaan rutin sistem peranakan adalah langkah penting untuk memastikan kesihatan dalaman wanita sentiasa berada pada tahap terbaik.

Dengan teknologi TVS dan 3D uterus scan, doktor dapat menilai keadaan rahim dan organ peranakan dengan lebih tepat, membantu pengesanan awal dan rawatan yang lebih berkesan.

Signature Service