Scan Jantina Baby: Peratus Ketepatan

Penentuan jantina bayi merupakan aktiviti popular dikalangan ibu bapa yang menantikan kelahiran bayi mereka. Samada jantina yang dinanti untuk melengkapkan keluarga nukleus, atau untuk persediaan lengkap anak anak.

Namun peratus ketepatan semasa scan sangat  bergantung pada usia kandungan bayi.

Waktu paling tepat menentukan jantina adalah pada 13 minggu dan 28 minggu ke atas.

Kami kongsikan peratus ketepatan imbasan jantina bayi mengikut usia:


 

Apakah 4 Petanda Syndrome dalam NT Scan?

 Scan pada 11-13 minggu ini adalah untuk mengesan 4 petanda sindrom.


4 petanda ini yang akan diterjemahkan kepada risiko bayi mempunyai kebejatan kromosom.

Pastikan 4 petanda ini direkodkan dan dilaporkan dalam NT scan anda.


Pemberat petanda adalah Nuchal Translucency dimana jika bacaan melebihi 3mm, risiko sindrome sangat tinggi. Kebarangkalian bertambah tinggi jika terdapat juga: 
1. Nasal bone pendek
2. aliran berbalik pada ductus venosus
3. Injab jantung kanan "bocor"- tricuspid regurgitation

Jika Nuchal translucency normal tapi ada masalah pada salah satu struktur nasal bone, ductus venosus dan injab jantung kanan, ini berkemungkinan bayi mempunyai masalah struktur jantung atau organ lain yang tidak melibatkan kebejatan kromosom (bukan sindrome).

NT scan hanya boleh dijalankan sehingga 11 minggu sehingga 13 minggu 6 hari sahaja kerana menjelang 14 minggu, Nuchal translucency sudah mengecil dan hilang.

Di Poliklinik Fasya, NT scan dijalankan sekali dengan First Trimester Anatomy Screening. 

Dalam First Trimester Anatomy Screening, kita akan memeriksa struktur primitive bayi seperti otak, jantung, buah pinggang, bibir, muka, tangan dan kaki untuk memastikan semuanya normal dan tiada malformasi.

Gabungan 4 Petanda Sindrome dan First Trimester Anatomy Screening, memberi gambaran menyeluruh perkembangan bayi pada trimester pertama. Dengan mengetahui keadaan trimester pertama, kita boleh jangkakan apa tumbesaran bayi yang seterusnya.


Apakah perbezaan antara ultrasound 2D, 3D, 4D, 5D, Hd Live, 6D, 8k dan Hyperrealistic Image



Ultrasound 2D memberi gambaran 2 dimensi secara hitam putih, dimana struktur yang dipaparkan di atas skrin adalah secara keratan rentas. Pengamatan objek dan struktur dilakukan oleh doktor secara metod mengenalpasti patern (“Pattern Recognition). Ultrasound 2d adalah metod terbaik untuk digunakan dalam detail scan dan NT scan pada masa sekarang.

Ultrasound 3D menghasilkan imej 3D, manakala Ultrasound 4D adalah secara “live video”. Imej 3D yang dihasilkan mempunyai beberapa mod tertentu seperti mod “surface” dan “x-ray”. Pada kebiasaanya mod Surface digunakan untuk melihat struktur luaran bayi seperti muka tangan badan dan kaki. Mod Xray untuk melihat struktur tulang, spine dan tengkorak.


Bagi mengelakkan kekeliruan, terma “Scan 5D” bukan sejenis ultrasound. Didalam konteks 5D scan untuk bayi, ia merupakan satu teknologi terkini yang membolehkan warna kulit bayi ditonjolkan seolah-olah warna kulit sebenar. Mode 5d juga menbolehkan kita melihat struktur organ lembut seperti jantung, usus, buah pinggang dan otak jika terdapat masalah.

Gabungan scan 2d,3d dan 5d adalah penting semasa detail scan untuk mendapatkan gambaran penuh fizikal bayi dalaman dan luaran.


Teknologi 6D atau dikenali sebagai dimana Model bayi dengan wajah dan Ukuran sebenar mengikut scan dibina menggunakan Virtual Reality. Kita dapat melihat ukuran sebenar bayi seperti yang berada dalam kandungan seperti ukuran berat panjang dan saiz sebenar bayi. 

8K image adalah teknologi terkini dimana gambar 5d yang diambil, dia terjemah kepada rupa kulit sebenar bayi menggunakan perisian AI. Tiada radiasi tambahan kerana ini dijalankan setelah ultrasound tamat.


Hyperrealistic Image adalah teknologi AI paling terkini. AI menggunakan gambar scan 3d atau 5d untuk membina semula wajah bayi anda yang sebenar. Ini juga dijalankan selepas scan selesai. Imej wajah bayi akan dapat dalam tempoh 30 minit.


Kesemua ini boleh didapati di Poliklinik Fasya.


Signature Service