Memperkenalkan Fasya 9K · Poliklinik Fasya

Bukan sekadar melihat wajah bayi. Kini, lihat detik kecilnya hidup.

Daripada imej scan Fasya 8K yang dipilih, kami menghasilkan klip animasi lembut yang mengekalkan rupa dan struktur wajah bayi daripada imej asal. Video 9k kini sebahagian pakej Scan 5d-8k.

Gerakan halusKamera statikFokus pada wajah
FASYA 9K Detik kecilnya, kini terasa lebih dekat.

Fasya 8K, kini dengan video 9k

Hasil video bergantung pada kejelasan imej asal, posisi bayi dan kesesuaian imej untuk animasi.

dsreport

Hero — Laporan Detail Scan Baharu | Poliklinik Fasya
Format laporan baharu

Detail scan yang dilihat, kini didokumentasi dengan lebih jelas.

Memperkenalkan format baharu laporan Mid-Trimester Fetal Screening 18–24 minggu Poliklinik Fasya — disusun mengikut organ, dengan dokumentasi imej anatomi bayi dan paparan jantung yang lebih teratur untuk rujukan ibu.

18–24 minggu
Susunan ikut organ
Dokumentasi imej
Paparan jantung 9 imej

Contoh laporan untuk paparan. Kandungan dan imej sebenar bergantung pada usia kandungan, posisi bayi dan kebolehlihatan semasa pemeriksaan.

Contoh Laporan Detail Scan Mid-Trimester Fetal Screening Poliklinik Fasya
Artikel Klinik

Latest Blog Posts

Useful tips and information for every parent.

View All Articles
Loading latest articles...

Mengapa BMI Ibu Mempengaruhi Kejelasan Scan Baby? (Fetal Anatomy Screening)

Ramai ibu tertanya-tanya, kenapa waktu terbaik untuk buat  Anatomy Scan boleh berbeza-beza? 

Salah satu faktor utama yang menentukan kejelasan imej ultrasound ialah BMI (Body Mass Index) ibu.


Ultrasound menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej. Apabila gelombang ini perlu merentasi lapisan tisu yang lebih tebal, ia boleh menjejaskan kualiti visual tisu di bawahnya.

Berikut adalah panduan ringkas perbezaan mengikut kategori BMI:



🟒 BMI < 25 (Berat Badan Normal)

 Waktu Terbaik: 18–19 minggu kehamilan.

 Kejelasan: Lapisan tisu yang optimum membolehkan gelombang ultrasound menembusi dengan mudah. Imej biasanya sangat jelas pada usia kandungan ini.

 Penilaian: Kebanyakan struktur organ penting baby dapat dinilai dan diperiksa dengan baik.


🟑 / πŸ”΄ BMI > 25 (Overweight / Obese)

 Waktu Terbaik: 21–23 minggu kehamilan (anjakan sedikit lewat memberi masa untuk organ baby membesar).

Cabaran Tisu: 

Lapisan tisu adipos (lemak) yang lebih tebal boleh menyerap dan menyerakkan gelombang bunyi, menyebabkan imej ultrasound mempunyai lebih banyak artifak (gangguan imej) dan kedudukan baby kelihatan jauh ke bawah.

Sebab Perlu Tunggu:

Menunggu sehingga minggu ke 21–23 membolehkan organ baby menjadi lebih besar dan matang. Ini memberikan **ketepatan yang lebih tinggi** dan memudahkan struktur organ dilihat serta disahkan dengan betul oleh pakar.

πŸ“’ Kesimpulannya: Setiap badan ibu adalah unik, dan perkembangan setiap kehamilan adalah berbeza. Penetapan waktu Anatomy Screening*yang tepat mengikut BMI bukanlah untuk membanding-bandingkan, tetapi demi memastikan kita mendapat hasil imej yang paling optimum dan diagnosis yang terbaik untuk kesihatan baby anda.

Dah plan untuk Fetal Anatomy Screening? Slot sentiasa terhad, terutamanya untuk slot promosi mingguan!

✨ Hubungi kami sekarang untuk semak tarikh terbaik dan booking slot anda!✨


Lokasi: Poliklinik Fasya @ Cheng Melaka. Bersebelahan Hong Leong Bank Cheng dan US Pizza Cheng

 Layari Laman Web Kami: klinikscanbabymelaka.com

 Tempah Slot Saringan via WhatsApp: 016-5288548