9k video

scan apa ibu perlukan harini?

nt scan banner

NT Scan • 11–13+6 Minggu

Ketahui Risiko Sindrom dan Jantina Bayi Seawal 11–13 Minggu

Hanya dengan satu gambar ini.

TEMPAH NT SCAN
NT Scan Ultrasound

detail scan

competency

Sijil Kompetensi FMF Dr Hamzah Nur Farhana NT Scan Detail Scan Poliklinik Fasya Melaka
Piawaian Antarabangsa FMF (UK)

Imbasan Klinikal Dikendalikan Terus Oleh Doktor Bertauliah

Pemeriksaan NT Scan dan Detail Scan di Poliklinik Fasya dijalankan oleh Dr. Hamzah Nur Farhana (FMF ID: 193982), pemegang Certificate of Competence daripada The Fetal Medicine Foundation (FMF, UK).

  • Diperakui untuk saringan The 11–13 Weeks Scan (NT Scan)
  • Diperakui untuk diagnosis anatomi Fetal Abnormalities (Detail Scan)
Tempah Temu Janji dengan Doktor

other scan

Kehamilan & Wanita

Kehamilan & Wanita

Tekan Imbasan

Kehamilan & Wanita

  • Baby Scan: Dating, Growth, Wellbeing, Position, Placenta
  • Gynaecology Scan
  • Pelvic Floor Scan
  • Early Pregnancy Assessment
Payudara

Payudara

Tekan Imbasan

Payudara

  • Breast Ultrasound
  • Breast Lump Assessment
Musculoskeletal

Musculoskeletal

Tekan Imbasan

Musculoskeletal

  • Muscle injuries
  • Tendons & ligaments
  • Joint effusion
  • Soft tissue swelling
  • Foreign body detection
Ketulan & Kulit

Ketulan & Kulit

Tekan Imbasan

Ketulan & Kulit

  • Lumps & Bumps / Lipoma
  • Thyroid
  • Sebaceous / Epidermoid cyst
  • Abscess
  • Enlarged lymph nodes
  • Skin & lesion assessment
Kesihatan Lelaki

Kesihatan Lelaki

Tekan Imbasan

Kesihatan Lelaki

  • Testis Scan
  • Prostate Scan
  • Bladder Assessment
  • Post-void residual urine
Abdomen

Abdomen

Tekan Imbasan

Abdomen

  • Liver & Gallbladder
  • Kidneys & Urinary tract
  • Bowel assessment
  • Abdominal fluid (ascites)
Imbasan Konsultasi

Imbasan Konsultasi

Tekan Imbasan

Imbasan Konsultasi

  • Sakit & Bengkak
  • Jangkitan & Ketulan
  • Simptom Urinari
  • Kebimbangan Kehamilan
Imbasan yang tepat, diagnosis yang jelas dan rawatan yang lebih berkesan.
SELAMAT UNTUK ANDA DAN BAYI
SELESA DAN MESRA KELUARGA
TEPAT & MEMBANTU DIAGNOSIS
DIPERIKSA DOKTOR BERPENGALAMAN
TEMUJANJI SEKARANG

Kesihatan Anda, Keutamaan Kami

latest blog posts

Scan Date Checker

Enter your LMP or EDD/REDD to calculate your pregnancy timeline

Check by LMP
Check by REDD (Scan Due Date)
Last Menstrual Period Details
Revised Estimated Due Date (REDD)
Estimated Due Date (EDD)
-
Current Progress
-
Conception Date (Est.)
-
Trimester Key Milestones
1st Trimester Ends (12w6d) -
2nd Trimester Ends (26w6d) -
Recommended Test & Scan Windows
Dating Scan (10w0d - 13w0d) -
1st Trimester Screening + NT Scan (11w0d - 13w6d) -
Detail Scan (18w0d - 24w0d) -
Fetal Wellbeing Scan + 3rd Trimester Anatomy Screening (28w0d - 32w0d) -
Doppler Scan (Starts 28w0d till EDD) -
Final Scan (@ 36w0d) -
*Calculations are configured using standard clinical pregnancy milestones (assuming standard 28-day cycle). Final diagnostic window assignments should be verified by medical professionals at Klinik Scan Baby Melaka.

Soalan Lazim (FAQ) | Poliklinik Fasya Melaka

Klinik Scan Baby Melaka — FAQ Reference
✦ Soalan Lazim Awal Kehamilan

FAQ Dating Scan

Jawapan kepada persoalan biasa tentang scan pertama, heartbeat, usia kandungan dan tarikh jangkaan bersalin.

01Seawal usia berapa minggu saya boleh buat Dating Scan?

Dating Scan disyorkan pada usia kandungan 10 hingga 13 minggu. Imbasan lebih awal juga boleh dilakukan, tetapi penentuan usia kandungan biasanya lebih tepat apabila kepala dan tulang belakang bayi sudah dapat dikenal pasti.

02Apakah tujuan Dating Scan?

Tujuan Dating Scan adalah untuk menentukan usia kandungan dan tarikh jangkaan bersalin atau EDD.

03Kenapa kantung kehamilan nampak tetapi bayi belum nampak?

Jika kantung kehamilan kelihatan tanpa bayi, usia kandungan paling mungkin sekitar 4 minggu. Jika ini ialah imbasan pertama pada awal kehamilan, penemuan tersebut akan diselaraskan dengan tarikh UPT positif dan kehamilan dianggap sekitar 4 minggu. Sekiranya imbasan ulangan masih tidak menunjukkan pertumbuhan janin, kandungan mungkin tidak menjadi.

04Bila degupan jantung bayi boleh dilihat?

Degupan jantung bayi boleh dilihat seawal usia kandungan 5 minggu.

05Adakah scan melalui perut mencukupi atau perlu TVS?

Scan melalui perut biasanya mencukupi jika rahim tidak terlindung oleh usus dan tidak berada dalam posisi retroverted. Jika rahim atau kandungan tidak dapat dilihat dengan jelas, TVS perlu dilakukan.

06Adakah pundi kencing perlu penuh?

Untuk kehamilan bawah 10 minggu, pundi kencing yang penuh membantu visualisasi semasa scan melalui perut. Selepas 10 minggu, pundi kencing penuh biasanya tidak memberi kesan yang ketara.

07Kenapa EDD saya berubah selepas scan?

EDD dikira berdasarkan hari pertama haid terakhir, manakala REDD ditentukan berdasarkan ukuran saiz bayi. Jika usia berdasarkan ukuran bayi berbeza lebih daripada 14 hari daripada EDD, REDD akan digunakan.

08Apa perlu dilakukan jika ada spotting atau sakit perut?

Dapatkan pemeriksaan segera. Pemeriksaan akan membantu menentukan punca pendarahan dan sakit perut serta sama ada rujukan lanjut diperlukan.

Maklumat ini ialah penerangan umum. Cadangan pemeriksaan bergantung pada usia kandungan, sejarah kehamilan, gejala dan hasil penilaian individu.

✦ Soalan Lazim Tumbesaran Bayi

FAQ Growth Scan

Ketahui apa yang diukur semasa Growth Scan dan bagaimana doktor menilai tumbesaran bayi.

01Apakah itu Growth Scan?

Growth Scan menilai unjuran pertumbuhan bayi melalui ultrasound. Pertumbuhan bayi dinilai melalui ukuran dan anggaran berat bayi, pergerakan, kedudukan bayi, placenta serta jumlah air ketuban.

02Bilakah Growth Scan sesuai dilakukan?

Growth Scan boleh dilakukan sepanjang usia kandungan 5 hingga 40 minggu. Penilaian dan unjuran pertumbuhan bayi akan disesuaikan mengikut aspek yang perlu dinilai dalam setiap trimester.

03Apakah ukuran yang diambil semasa Growth Scan?

Ukuran lazim termasuk diameter dan lilitan kepala, lilitan abdomen serta panjang tulang paha. Ukuran ini digunakan untuk menganggarkan berat dan corak tumbesaran bayi.

04Adakah anggaran berat bayi tepat?

Anggaran berat ialah pengiraan berdasarkan ukuran ultrasound dan mempunyai julat ralat. Ia digunakan untuk melihat trend tumbesaran, bukan sebagai berat sebenar yang tepat.

05Apa maksud bayi besar atau kecil daripada minggu?

Bayi dianggap besar apabila ukuran melalui scan melebihi usia kandungan sebanyak 14 hari atau lebih. Bayi dianggap kecil apabila ukurannya 14 hari atau lebih rendah daripada usia kandungan.

06Adakah Growth Scan memeriksa organ bayi seperti Detail Scan?

Tidak. Growth Scan menilai unjuran pertumbuhan bayi, manakala Detail Scan memeriksa struktur organ bayi.

07Apa yang berlaku jika air ketuban terlalu sedikit atau terlalu banyak?

Air ketuban yang terlalu sedikit boleh menjejaskan perkembangan organ bayi seperti paru-paru, usus dan buah pinggang serta boleh menyebabkan fetal demise. Air ketuban yang terlalu banyak pula boleh menyebabkan kedudukan bayi tidak tetap, kontraksi pramatang dan pecah air ketuban. Dalam kedua-dua keadaan, Detail Scan perlu dilakukan untuk menilai janin.

08Perlukah Doppler dibuat setiap kali Growth Scan?

Tidak semestinya. Doppler digunakan apabila terdapat petunjuk tertentu seperti kebimbangan tentang tumbesaran, placenta atau aliran darah bayi.

Maklumat ini ialah penerangan umum. Cadangan pemeriksaan bergantung pada usia kandungan, sejarah kehamilan, gejala dan hasil penilaian individu.

✦ Soalan Lazim Jantina Bayi

FAQ Gender Scan

Jawapan tentang masa sesuai, ketepatan dan faktor yang mempengaruhi visualisasi jantina bayi.

01Seawal minggu ke berapa jantina bayi boleh dilihat?

Jantina bayi boleh dinilai seawal usia kandungan 11 minggu melalui Nub Theory Scan.

02Adakah jantina boleh dijamin 100%?

Tidak. Ketepatan bergantung pada usia kandungan bayi. Ketepatan paling tinggi, iaitu sekitar 98.5%, dicapai pada usia kandungan 28 minggu dan ke atas.

03Kenapa jantina tidak dapat dilihat semasa scan?

Bayi mungkin menghadap arah yang tidak sesuai, menutup kaki atau berada dalam kedudukan yang mengehadkan visualisasi kawasan genital.

04Adakah minum air manis membantu bayi bergerak?

Boleh. Namun, peningkatan pergerakan biasanya berlaku dalam tempoh yang singkat, iaitu sekitar 15 hingga 20 minit selepas minum air manis dan berlangsung selama kira-kira 15 hingga 20 minit sahaja.

05Bolehkah jantina diperiksa semasa NT Scan?

Ya, jantina boleh dinilai semasa NT Scan melalui Nub Theory Scan.

06Bolehkah jantina dilihat semasa Detail Scan?

Ya, jantina boleh dilihat semasa Detail Scan. Namun, ketepatannya sekitar 90% hingga 96% sahaja.

07Adakah scan jantina memerlukan pundi kencing penuh?

Tidak, pundi kencing penuh tidak diperlukan untuk scan jantina.

08Jika jantina tidak nampak, adakah perlu ulang scan?

Ya, scan boleh diulang bergantung pada kemahuan ibu.

Maklumat ini ialah penerangan umum. Cadangan pemeriksaan bergantung pada usia kandungan, sejarah kehamilan, gejala dan hasil penilaian individu.

✦ Soalan Lazim Wajah Bayi

FAQ Scan 5D & Fasya 8K

Ketahui masa terbaik, faktor kejelasan wajah dan perbezaan antara 5D dengan Fasya 8K.

01Bilakah waktu terbaik untuk Scan 5D dan Fasya 8K?

Di Poliklinik Fasya, Fasya 8K disyorkan mulai sekitar 29 minggu. Wajah sering lebih jelas sekitar 30 hingga 34 minggu, bergantung pada posisi bayi, air ketuban, placenta dan ruang di hadapan muka.

02Apakah perbezaan antara 2D, 3D, 4D, 5D dan Fasya 8K?

2D ialah imej ultrasound mentah berwarna hitam putih yang dihasilkan melalui pantulan gelombang bunyi ultra. 3D ialah imej permukaan statik yang ditaakul daripada pantulan bunyi ultra, manakala 4D menunjukkan pergerakan permukaan 3D dalam masa nyata. 5D pula ialah imej rendering yang menggunakan pencahayaan digital dan tona kulit digital. Fasya 8K ialah proses peningkatan visual beresolusi tinggi dengan penekanan pada pemeliharaan identiti wajah asal.

03Adakah Fasya 8K menghasilkan wajah baru menggunakan AI?

Tidak. Kami tidak menghasilkan wajah baharu. Sebaliknya, kami mengekalkan struktur dan raut wajah daripada imej asal sambil meningkatkan tekstur, tona dan kejelasan. Hasil tetap bergantung pada kualiti imej 5D asal.

04Kenapa muka bayi tidak nampak jelas?

Wajah boleh terlindung oleh tangan, kaki, tali pusat atau placenta. Air ketuban yang sedikit, ruang yang sempit dan kedudukan bayi juga boleh mengehadkan imej.

05Adakah placenta anterior menghalang Scan 5D?

Placenta anterior tidak semestinya menghalang scan, tetapi jika placenta berada rapat di hadapan muka bayi, ruang untuk mendapatkan imej wajah mungkin lebih terhad.

06Apa boleh dilakukan jika bayi menutup muka?

Ibu boleh berjalan seketika, menukar posisi atau mengambil minuman mengikut kesesuaian. Namun, tiada kaedah yang boleh menjamin bayi akan membuka muka.

07Adakah semua imej 5D sesuai untuk ditukar kepada Fasya 8K?

Tidak. Imej perlu mempunyai struktur wajah yang cukup jelas. Imej yang terlalu terlindung, terpotong atau mempunyai banyak artefak mungkin tidak sesuai.

08Adakah hasil Fasya 8K akan sama tepat dengan wajah selepas lahir?

Ketepatan persamaan wajah Fasya 8K dengan wajah bayi selepas lahir dianggarkan sekitar 80% hingga 90%.

Maklumat ini ialah penerangan umum. Cadangan pemeriksaan bergantung pada usia kandungan, sejarah kehamilan, gejala dan hasil penilaian individu.

✦ Soalan Lazim Sebelum Datang

FAQ Persediaan & Temu Janji

Panduan ringkas supaya sesi scan lebih lancar dan ibu tahu apa yang perlu dibawa.

01Adakah perlu membuat temu janji atau boleh walk-in?

Poliklinik Fasya menggunakan sistem temu janji supaya masa pemeriksaan dapat diperuntukkan dengan sesuai. Slot perlu disahkan mengikut polisi tempahan semasa klinik.

02Apa yang perlu dibawa semasa datang untuk scan?

Bawa buku pink atau rekod kehamilan, keputusan scan terdahulu jika ada, tarikh hari pertama haid terakhir dan dokumen berkaitan rujukan.

03Adakah pundi kencing perlu penuh?

Ia bergantung pada usia kandungan dan jenis scan. Pundi kencing sederhana penuh mungkin membantu pada awal kehamilan, manakala scan pada usia lebih lanjut biasanya tidak memerlukannya.

04Perlukah saya berpuasa?

Kebanyakan scan kehamilan tidak memerlukan puasa, kecuali ibu menerima arahan khusus untuk pemeriksaan lain.

05Apakah pakaian yang sesuai?

Pakaian dua helai yang longgar dan selesa lebih mudah untuk pemeriksaan melalui abdomen.

06Bolehkah suami, anak atau ahli keluarga masuk bersama?

Dua orang peneman dibenarkan masuk bersama semasa sesi scan.

07Berapa lama satu sesi scan?

Satu sesi scan mengambil masa sekitar 20 hingga 45 minit. Lima belas minit terakhir diperuntukkan untuk penyediaan laporan.

08Apa berlaku jika saya lewat atau mahu menukar tarikh?

Perubahan slot tertakluk pada polisi tempahan klinik. Hubungi klinik seawal mungkin supaya pilihan yang tersedia boleh diterangkan.

Semak semula polisi tempahan, deposit dan bilangan pengiring sebelum menerbitkan jika terdapat perubahan operasi klinik.

✦ Soalan Lazim Keselamatan

FAQ Keselamatan Ultrasound

Penerangan ringkas tentang keselamatan, kekerapan scan dan tindakan jika terdapat penemuan luar biasa.

01Adakah ultrasound selamat untuk ibu dan bayi?

Secara umumnya, gelombang bunyi ultra adalah selamat untuk ibu dan bayi.

02Berapa kerap ultrasound boleh dilakukan?

Tiada satu jadual yang sesuai untuk semua ibu. Kekerapan ditentukan berdasarkan usia kandungan, risiko kehamilan, gejala dan cadangan doktor.

03Adakah scan 3D, 4D atau 5D lebih berbahaya daripada scan 2D?

Tidak. Penghasilan imej 3D, 4D, 5D atau 8K menggunakan jumlah gelombang ultrasound yang sama seperti imej 2D kerana imej-imej tersebut dihasilkan daripada data mentah 2D.

04Adakah scan boleh menyebabkan bayi panas?

Ultrasound boleh menghasilkan sedikit kesan haba, sebab itu prinsip penggunaan tenaga serendah yang munasabah dan masa pemeriksaan yang sesuai diamalkan.

05Apa berlaku jika terdapat penemuan luar biasa?

Doktor akan menerangkan apa yang kelihatan dan tahap kepastiannya. Pemeriksaan ulangan, ujian tambahan atau rujukan kepada pakar mungkin diperlukan.

06Adakah keputusan scan sentiasa muktamad?

Tidak. Sesetengah penemuan boleh berubah mengikut usia kandungan atau tidak dapat dilihat dengan jelas kerana kedudukan bayi dan faktor teknikal.

07Bolehkah scan normal menjamin bayi tiada masalah?

Tidak. Ultrasound dapat menilai banyak aspek kehamilan tetapi tidak boleh mengesan semua keadaan genetik, fungsi organ atau masalah yang muncul kemudian.

08Bilakah perlu mendapatkan rawatan segera walaupun pernah scan normal?

Kehamilan bersifat dinamik. Pemeriksaan semula perlu dilakukan jika timbul gejala baharu walaupun scan sebelumnya normal.

Maklumat ini ialah penerangan umum. Cadangan pemeriksaan bergantung pada usia kandungan, sejarah kehamilan, gejala dan hasil penilaian individu.

✦ Soalan Lazim Selepas Scan

FAQ Gambar, Video & Laporan

Ketahui jenis hasil yang mungkin diterima dan bagaimana laporan digunakan untuk penjagaan seterusnya.

01Adakah saya akan mendapat gambar cetakan?

Ia bergantung pada pakej yang dipilih. Sesetengah pakej merangkumi gambar cetakan, manakala yang lain memberi salinan digital sahaja.

02Adakah saya akan mendapat softcopy atau video?

Ketersediaan softcopy dan video bergantung pada jenis scan dan pakej. Pastikan nombor telefon atau kaedah penerimaan fail diberikan dengan betul.

03Berapa lama fail digital disimpan?

Rekod disimpan selama 7 tahun. Namun, permintaan untuk membuka semula rekod akan dikenakan caj pembukaan rekod dan fi laporan perubatan.

04Adakah laporan scan boleh digunakan untuk rujukan hospital?

Ya, laporan scan boleh digunakan untuk tujuan rujukan hospital.

05Adakah laporan scan diterima untuk tuntutan insurans?

Ia bergantung pada syarat polisi insurans dan dokumen yang diminta. Pesakit perlu menyemak terus dengan syarikat insurans.

06Apa beza laporan ringkas dengan laporan Detail Scan?

Laporan ringkas memberi fokus kepada tujuan pemeriksaan tertentu, manakala laporan Detail Scan merangkumi penilaian anatomi bayi secara lebih sistematik.

07Bolehkah saya meminta laporan lama semula?

Ya, laporan lama boleh diminta semula. Caj pembukaan rekod dan fi laporan perubatan akan dikenakan.

08Apa perlu dibuat selepas menerima surat rujukan?

Ikuti arahan pada surat dan buat temujanji dengan fasiliti atau pakar yang disyorkan. Bawa buku pink, laporan scan dan keputusan berkaitan.

Sesuaikan butiran cetakan, softcopy, video dan tempoh simpanan mengikut pakej serta polisi semasa klinik.